23 January, 2009

hard

aku merupakan seorang yang terlalu memikir konsikuensi sesuatu perkara. aku cepat membuat telahan untuk perkara yang negatif dari positif. itu tidak elok untuk aku. jangan terlalu memikirkan perkara-perkara kontra diatas segala kebaikan, kebajikan mahupun kerja kerji yang dilakukan. aku cuma takut, kalau. kata orang putihnya if. igauan terlalu banyak akibat menonton final destination.

dont worry

aku kata kepada dia. jangan risau, sayang semuanya akan selamat. gengam tanganku ini. yakinlah denganku. aku akan berada sentiasa disisi kamu. dunia dan akhirat, kita bersama. cahaya itu datang menyelubungi kamu. kamu gengam erat tangan aku. kamu cium tangan aku. kamu tidak lepaskan aku. aku pun jua begitu. biarlah mereka datang dan pergi. namun kita masih disini.

jangan risau, cahaya itu cahaya bahagia sayang. tanganku rasa titisan air mata kamu.

yesteryears and now on

aku bangun dari tidur. aku rasa hidup sungguh berlainan sekarang ini. macam ada yang tidak kena. masakan tidak. dulu solo sekarang dah bermain acara beregu. dulu aku seorang yang tidur atas katil. sekarang, dah ada partner. dulu aku boleh membuat kuak lentang, bermain kriket dan sebagainya atas katil. sekarang nih, aku rasa teritori aku sudah terhad sempadannya. bukan itu saja, komposisi dibadan aku juga berbeza. semuanya mengembang umpama udara dalam vakum yang semakin meningkat.

alhamdulillah, i pray to God. setidaknya, i've change for good. dari semakan-semakan minda yang tidak celaruan dulu. akhirnya, im on the right path.

semuganya akan bermula dengan langkah kanan.

petak-petak kehidupan tidak akan berseri sekiranya ia hidup di dalam hitam dan putih; aku tercekik !

22 January, 2009

aku hanya biarkan dia bersama kita; walupun tidak lama tapi cukup memenangkan akal kita. bak mai; rokok sebatang.



Caspian - quovis, further up and further in.

lab rat

sekarang aku tidak boleh hisap rokok dalam rumah lagi. buat sementara kerana isteri aku marah. jaga kandungan katanya. aku pasrah dengan keadaan itu. untuk kegemilangan generasi masa depan.

bila aku hisap rokok diluar, aku lihat tikus besar lari kesana kesini. mungkin mencari rezeki untuk keluarga. paling tidak pun, menumpang berak dirumah orang. nakal sungguh !!

adakah dia juga sedang mencari kedudukan untuk menhisap rokok diluar seperti aku?